apokonoeekau

16 Februari 2010

Fiesta Tarian, Fesyen Kebaya Puteri UMNO bakal jadi acara tahunan

Fiesta Tarian, Fesyen Kebaya Puteri UMNO dilakukan dalam bulan Rabiul Awal.
Umno menghina bulan Maulidur Rasul. Umno sambut kehadiran Maulud Nabi dengan maksiat. Kenapa UMNO tak demontrasi ?

KOTA KINABALU, 16 Feb. — Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno akan dijadikan acara tahunan, bermula tahun ini di peringkat negeri dan nasional, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pesta budaya seumpama itu penting bagi merintis jalan ke arah memperkukuhkan semangat perpaduan di negara ini.

"Perbezaan budaya tidak seharusnya dijadikan jurang pemisah yang akhirnya secara langsung akan memisahkan masyarakat. Sebaliknya kepelbagaian budaya dijadikan sebagai landasan perpaduan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya anjuran pergerakan Puteri Umno Sabah dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah, di sini malam tadi.

Rosnah berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini termasuk memperkenalkan Dasar Kebudayaan Nasional dan gagasan 1Malaysia.

Dalam hal ini, beliau memuji usaha Biro Kebudayaan dan Warisan Puteri Umno Sabah yang merupakan negeri pertama menganjurkan program tersebut. - Bernama

0 ulasan:

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini