apokonoeekau

02 November 2009

KENAPA KELAS KAFA GAGAL

Saya menggesa pihak berwajib mesti dipertanggungjawabkan dengan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bahawa Program KAFA di Melaka gagal.
Dalam laporan itu Ketua Audit Negara mengjelaskan bahawa :-
  • Secara keseluruhannya, program KAFA yang dilaksanakan di peringkat negeri Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan. Kegagalan mematuhi garis panduan yang disediakan menyebabkan wujudnya ketidakseragaman dalam pelaksanaan program KAFA secara berkesan.
  • Dari aspek tenaga pengajar KAFA, prosedur pelantikan tidak dipatuhi disebabkan tidak mengikut nisbah yang ditetapkan menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka terpaksa menanggung perbelanjaan elaun, manakala pengurusan cuti guru adalah tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM.
  • Dari segi pembelajaran pula, kurikulum KAFA tidak mematuhi dasar sistem pembelajaran yang disediakan oleh JAKIM
  • manakala dari segi pengurusan kewangannya didapati perbelanjaan menggunakanakaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan bantuan per kapita yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian. Selain itu, permohonan bantuan pembangunan dan pembaikan Sekolah Rendah Agama KAFA tidak dirancang dengan baik sehingga bertindih dengan bantuan agensi lain.


GURU KAFA TIDAK LAYAK DILANTIK

Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi di bawah telah melakukan kesalahan melantik Guru-Guru KAFA yang tidak layak.
Semakan Audit terhadap pelantikan guru KAFA mendapati:

i) Sehingga awal bulan April 2008 seramai 111 guru KAFA berumur antara 60 hingga
78 tahun
yang telah melebihi had kelayakan umur yang ditetapkan oleh JAKIM masih
menerima elaun tetap. ( Kelayakan : Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan guru hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 60 tahun)

ii) Seramai 145 guru KAFA hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran, Darjah 5
dan Darjah 7. (Kelayakan Dan Pelantikan Guru KAFA Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan Guru KAFA adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai pengetahuan serta kemahirandalam Al-Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.)

iii) Surat perjanjian pelantikan semua guru KAFA lantikan JAIM tidak disediakan.

iv) Had umur guru kontrak lantikan Kerajaan Negeri adalah pada usia 58 tahun
manakala guru KAFA lantikan JAIM tidak mengikut had umur tamat perkhidmatan
JAKIM pada usia 60 tahun.
Persoalannya mengapa perkara ini berlaku di mana Guru-Guru yang tidak layak dari umur dan kelulusan diterima menjadi Guru KAFA.
Saya mendesak suatu siasatan terbuka dilakukan serta merta bagi menyiasat mengapa penyelewengan ini berlaku. Jika terdapat bukti salah guna kuasa dan sebagai pihak terbabit mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

MUTALIGAT

SIAPA SEBENARNYA UMNO


UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok On bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.

Untuk lebih jelas lagi mengenali siapa UMNO, marilah kita teliti tulisan Bapa Abdullah C.D. di bawah ini:

UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT

Kemerdekaan itu telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO yang menjadi Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah menjadi Perdana Menteri Malaya, Tunku telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum. Di satu segi ia meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM. Di segi lain, Tunku telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat.


Oleh kerana itu, kemerdekaan tahun 1957 tidak sempurna, hasil kemerdekaan tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat semua lapisan, semua kaum negara kita. Dr. Burhanuddin pernah menyifatkan kemerdekaan itu sebagai "kemerdekaan setengah masak".



Di bawah keadaan tersebut perjuangan bersenjata TPNM tetap diteruskan. Di satu segi ia bertujuan untuk menuntut Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan secara adil dan munasabah, di segi lain demi membela kepentingan rakyat berbagai lapisan semua kaum.


Walaupun perjuangan bersenjata pernah mengalami kemunduran serius pada akhir tahun-tahun 1950-an, akan tetapi ia diaktifkan semula mulai tahun 1962. Pasukan-pasukan TPNM yang bergerak di kawasan sempadan telah disusun semula dan diperkembangkan. Sejak tahun 1968, pasukan-pasukan penggempur telah dihantar bergerak ke tanah air. Api perjuangan bersenjata mulai merebak berkobar-kobar di kawasan luas di 5 buah negeri, iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan di Pulau Pinang.


Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas di Malaya telah dibolot oleh kaum kapitalis birokrat Melayu melalui perbadanan-perbadanan birokrat. Dengan itu lahirlah kelas kapitalis birokrat Melayu yang bersekongkol dengan kaum kapitalis besar Tionghua dan India mengaut kekayaan negara.


Pada tahun 1947, BTM telah didirikan untuk memimpin perjuangan kaum tani dan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka, gerakan itu berkembang dalam bentuk bebas meneroka seperti tercermin dalam gerakan tani di bawah pimpinan Saudara Hamid Tuah.


Orang Melayu yang asalnya sebagai petani telah berubah menjadi buruh di perusahaan-perusahaan modal birokrat atau di rancangan-rancangan tanah birokrat. Kaum kapitalis birokrat yang diwakili UMNO seperti Lembaga Kemajuan Tanah Melayu membolot 385,000 ekar, Syarikat Jengka 3 Segi menguasai ratusan ribu ekar di Pahang, Syarikat Permodalan dan Perusahaan Perak dan beberapa perusahaan lagi membolot 270,000 ekar tanah di Perak. Selain itu masih banyak lagi modal-modal birokrat yang menguasai tanah simpanan Melayu di seluruh negara. Ini telah mengubah keadaan ekonomi orang Melayu dari mengerjakan ekonomi tradisional kepada buruh di rancangan modal birokrat. Barisan tani sebenarnya telah berubah menjadi kesatuan buruh.


“Sehingga tahun 1970an, kaum kapitalis monopoli British merupakan tuan tanah yang terbesar dengan memiliki tanah yang paling luas dan subur di negara kita. Selain itu, muncul juga tuan-tuan tanah tempatan. Pada tahun 1920-an rumah-rumah agensi British yang terlibat dalam perusahaan getah telah menguasai 1 ½ juta ekar tanah, tidak termasuk tanah-tanah yang mereka telah rampas tetapi belum lagi dibuka. Penguasaan mereka ke atas tanah membolehkan mereka menempati kedudukan yang terpenting dalam ekonomi negara kita. Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, pada tahun 1953 mereka telah memiliki 70 peratus dari semua estet di Malaya. Kedudukan British ke atas tanah tetap unggul sekalipun selepas kemerdekaan. Pada tahun 1961 kapital monopoli asing dari Eropah khasnya British menguasai 65 peratus estet getah, dan 9 tahun kemudian (tahun 1970) meningkat semula kepada 76 peratus. Mengikut sumber Zon dan Leight Hunt, pada tahun 1960 syarikat-syarikat monopoli asing memiliki 1,685,850 ekar. Dari jumlah ini, 1,351,200 ekar dikuasai oleh British.”


“Sekarang di bawah Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan modal birokrat dan modal komprador dalam berbagai bidang termasuk sektor perladangan, kita dapati lembaga-lembaga birokrat (yakni badan-badan berkanun) dan lain-lain modal tempatan dengan pesat menjadi tuan punya ladang yang terbesar di negara kita. Satu langkah penting ke arah ini ialah pengambil alihan Kumpulan Sime Darby (milik modal monopoli British) yang menguasai ladang-ladang oleh perbadanan modal birokrat serta pemindahan pendaftaran kumpulan itu ke Kuala Lumpur dari London pada tahun 1968. Pada tahun 1981 modal birokrat dan modal komprador tersebut mengambil alih pula ladang-ladang Guthrie dan Dunlop Estates - keluasan kedua-duanya berjumlah 250,000 ekar lebih. Ini disusuli dengan pengambil alihan Syarikat Harrison Estate (Malaysia) Berhad yang memiliki ladang seluas 180,000 ekar pada tahun 1982.”


Untuk membangun sebuah negara yang benar-benar merdeka dan adil baik segi politik, ekonomi, kebudayaan, bangsa dan agama, rakyat semua kaum haruslah bersatu padu membentuk front persatuan nasional yang luas serta melancarkan perjuangan melawan penguasaan kapitalis birokrat yang diwakili UMNO dan membangun kemerdekaan mengikut corak nasional yang mengutamakan kepentingan majoriti rakyat semua kaum. Prinsip yang dipegang PKMM iaitu menggembleng tenaga nasionalis, sosialis dan agama serta prinsip-prinsip yang digariskan oleh front Persatuan PUTERA-AMCJA tetap menjadi contoh utama perjuangan rakyat negara kita hari ini.

nota: catatan di atas dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga: Perjuangan Di Sempadan Dan Penamatan Terhormat

HUKUM MERAWAT DENGAN MENGGUNAKAN JAMPI/MENTERA/SERAPAH

DATO DR HARON DIN MENJAWAB

Soalan

Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Pant Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?

MOHAMMAD BIN JUSOH
Pant Jawa, Johor

Jawapan

Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe bankan pesakit.

Amalan perubatan de ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.

Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang- kadang amat digalakkan.

Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.

Adapun menjampi seseo rang itu dengan menggu nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha­ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf siran yang boleh membawa syirik.

Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.

Saya sendiri sememang nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.
Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.

Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum nya) : “Dan Kani turunkan
dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al -Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)

Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.

Oleh itu maka ulama ber sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus kan, kadang-kadang digalak kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:

Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur an dan as-Sunnah atau ruq yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.

Kedua, boleh mengguna kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang gahan dengan syarak.

Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.

Oleh itu saya suka menje laskan, jika sudah ternyata al- Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?

Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.

WalLah hu a’lam.

PASTI ASSYAKIRIN CHABAU BUKA PENDAFTARAN

Pasti Assyakirin Chabau,Jasin sedang membuka pendaftaran kepada anak-anak Pasti yang tinggal berhampiran termasuk Sempang Bekoh,Bekoh Dalam,Felda Bukit Senggeh,Rumah Awam Pondok Batang dan kawasan-kawasan sekitar.


Menurut pengurus Pasti Assyakirin ,Tuan Haji Shamsudin b. Hj Ali,ketika ini hampir 30 anak-anak yang berumur 4,5 dan 66 tahun pada tahun hadapan telah mendaftar. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM35 sebulan disamping tambahan RM10.00 sebulan untuk kelas Iqraq bagi ibubapa yang memerrlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi setiausaha pasti di talian 019-6582008. Tarikh tutup permohonan 25 Disember 2009. Harap maklum

ERATNYA 2 TOK GURU

Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS

Preisen PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009

Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam.

01 November 2009

KEADILAN UNTUK TIAN CHUA


Semasa era reformasi, anak-anak aku semuanya masih bersekolah. Masa itu jugalah ceramah-ceramah tentang isu-isu semasa banyak diadakan. Informasi yang disampaikan adalah yang berkaitan tentang pemecatan Anwar sebagai TPM serta kezaliman yang dilakukan ke atasnya serta orang-orang yang rapat dengannya.

Siang... kami menjalankan routine harian tetapi waktu malam pergi ke ceramah. Tak kira dekat atau pun jauh, jika tiada hal, pasti kami akan pergi. Kadang-kadang angkut anak-anak sekali.
Selain ceramah, salah satu sumber informasi kami ialah internet. Dari situlah kami menngenali siapa Tian Chua. Kesannya, banyak tokoh-tokoh reformasi yang menjadi idola anak-anak aku. Dan, Tian Chualah antara yang mereka respect dan tabik spring.


Mengapa Tian Chua?? Daripada penyertaannya dalam demonstrasi demi demonstrasi, dia menunjukkan keberanian dan istiqamah yang begitu jitu dalam apa yang diperjuangkannya. Sehingga kini, apabila nama Tian Chua disebut atau dikaitkan dengan apa-apa hal sekalipun, they get very excited.


Mereka lihat Tian Chua sebagai ikon reformasi dan sekarang salah seorang tokoh pemimpin PKR yang komited dan konsisten serta istiqamah dalam perjuangan.... humble serta people-friendly, down to erath serta selfless. Itu persepsi mereka tentang insan yang mereka kenal sebagai Tian Chua.


Baru-baru ini, Tian Chua telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis serta menghalangnya daripada menjalankan tugas.


Kejadian ini berlaku semasa demonstrasi membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. Ia berlaku di luar bangunan Parlimen.


Yang geramnya, Tian ketika itu berada dalam keretanya, telah diheret keluar dengan cara yang kasar dan telah dibelasah serta ditumbuk oleh anggota polis. Weh... udah kena belasah macam tu, takkan nak berdiam diri. Memang patut pun telinga polis tu kena gigit. Pada aku, itu namanya self-defence.


Tapi.... mahkamah di bumi Satu Malaysia ni, isy.. tak tahu nak kata ler, keputusan demer sering menimbulkan kontroversi. Ater... kalau melibatkan pemimpin parti pembangkang, kes mesti sangkut punya. Tetapi.... kalau terkena batang hidung pemimpin UBN dan koncu-koncu demer, semedangnya tak da kes dan tak cukup bukti.


Contoh yang paling nyata, ialah kes Lingam korek... korek... korek and the gang. Suruhanjaya Diraja, dah kata ada kes dan demer-demer ni boleh dibawa kemuka pengadilan, tup-tup... si Ghani Petai kata, tak cukup bukti ler... bukti tak strong ler... Kepala hotak dia!!!


Kalau rupa itu, maknanya Suruhanjaya Diraja ni.... haprak , tak boleh pakai dan tidak ada credibility ler. Cadangan dan hasil dapatannya semuanya rubbish, tak reliable dan dibakulsampahkan begitu saja. SUHAKAM... toothless and now Suruhanjaya Diraya pun dah toothless. Jadi, siapa yang ada TARING sebenarnya???


Berbalik kepada cerita Tian Chua tadi... apakah hukuman yang dkenakan ke atasnya itu adil dan seadil-adilnya. Apakah mahkamah telah menjalankan perbicaraan yang adil terhadapnya?? Atau.... keputusan yang dijatuhkan hanya semata-mata untuk menghilangkan kelayakan Tian sebagai MP Batu. Wallahualam....

Tetapi, itu satu kemungkinan yang berasas. Dan... di bumi Satu Malaysia ini, yang dikuasai oleh UBN, semuanya boleh berlaku. UBN dilindungi.... pembangkang dizalimi. Yes... Malaysia Boleh!!!

Oleh sebab, ada persepsi, yang mahkamah telah tidak berlaku adil, maka dengar ceritanya, satu kempen Juctice For Tian Chua akan diadakan. Dan, Tian juga aku kira akan membuat rayuan untuk dibicarakan semula terhadap hukuman serta tuduhan ke atasnya.

Juctice For Tian Chua!!! Demi keadilan.... kami akan bersamamu.

PERTEGUH PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.


ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5 K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo

PAKATAN RAKYAT AKAN TUMBANGKAN BN,INSYALLAH

PAS, PKR dan DAP bersama bertekad akan menumbangkan Basrisan Nasional dengan mengukuhkan persepakatan Pakatan Rakyat melalui 10 resolusi bersama.

Prinsip 5K -

Keadilan,

Kewibawaan,

Ketelusan,

Kebajikan adalah asas yang akan dipegang apabila memerintah negeri Perak kelak.dan Kebebasan adalah asas yang akan dipegang apabila memerintah negeri Perak kelak.



adalah asas yang akan dipegang apabila memerintah negeri Perak kelak.

"Kita juga akan terus mengamalkan prinsip membuat keputusan secara kolektif melalui meja rundingan untuk menyelesaikan apa juga cabaran, kerana Umno senantiasa mengintai peluang untuk memecahkan Pakatan yang mendapatkan mandat rakyat," Tegas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Tegaskan bahawa usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat itu termasuk menghapuskan segala prasangka dan prejudis sesama rakan-rakan parti dalam Pakatan.

Ujarnya lagi, semua parti dalam Pakatan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan di setiap peringkat.

"Kita (Pakatan) kalau boleh disetiap ranting, ditubuhkan jawatankuasa...di setiap cawangan dan kawasan ditubuhkan sekretariat untuk semua pemimpin setiap peringkat berusaha bergerak dengan Majlis Muafakat Pakatan," tegas Nizar lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menegaskan bahawa Majlis Pakatan yang dibentuk itu mesti sedaya upaya menghapuskan doktrin perkauman sempit (oleh) Umno dengan meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana sendiri.

Ketiga-tiga parti juga diminta fokus memilih calon yang lebih berwibawa dan berintegriti demi memastikan calon-calon tersebut kelak mampu menang majoriti di peringkat Dun dan Parlimen.

Untuk memenangi pilihanraya peringkat negeri kelak, Majlis Muafakat Pakatan juga bertekad turut menjelajah ke seluruh kawasan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, di mana usaha mengadakan program penerangan secara bersama dipertingkatkan.

Jelas Nizar lagi, Pakatan Rakyat Perak mencadangkan gagasan Pakatan Rakyat segera didaftarkan di peringkat nasional dengan menggunakan suatu

Bercakap dalam kenyataan media itu, Pengerusi DAP Negeri Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub.

Dipercayai 10 resolusi tersebut dibuat sebagai persiapan awal Pakatan Rakyat untuk menempuhi pilihanraya kecil yang boleh berlaku bila-bila masa.

Gagasan 10 resolusi itu juga menjadikan Pakatan Rakyat Perak sebagai model pada Pakatan di negeri-negeri lain dan nasional kelak.

SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Saya dah naik muak mendengar slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Kalau nak ikut rasa saya nak kata - “ Pi mampus le” sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat terganggu.

Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan yang memberi tekanan. dekat Malaysia belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.

Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau KERAjaan dalam soal ini tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangaan ekonomi Negara mahupun budget, maka rasa marah mulalah timbul.

Adakah nasib kami tak perlu dibela?

Bukannya kami mintak duit dengan KERAjaan untuk makan pakai kami. Kami Cuma mintak keprihatinan diatas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama “sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler…..”

Apa yang kami harapkan hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami terus hidup dibumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Disini saya akan sentuh 2 pekara berikut :-

1. KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?

Apa tujuan KWSP ni..?, siapakah yang mendapat menafaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujah-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas pekara-pekara berikut :-

1. Untuk membeli ubat-ubatan.

Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kecing manis, buah pinggang mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.

Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macamana? Siapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?

Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi ? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan dikaunter KWSP terlebih dahulu.

Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?

2. Untuk Haji.

Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawap boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji nak menabung apanya? Haji adalah rukun Islam dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana KERAjaan dah guna duit tu...???

Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat...!!!

3. Untuk Bayar Hutang.

Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macamanalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.

Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?

Alangkah eloknya pekara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang jadi kalau hutangnya hanya 20K, dengan kos jadilah 50K, tak menindas ke namanya tu?

Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tembolok didada...!!!

2. Pelupusan Kereta berumur 15 tahun keatas.

Ini lagilah kerja giler – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan pekara dibawah ini :-

1. Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk/lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macamana?

2. Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan...!!!

3. Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja , yang tak de statement of income?

Hallo…………..buka mata, buka minda! Gunakan akal cegah kebodohan!!

“Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan” bererti defisit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?”

Fikir-fikirkanlah......

Ya ampun......... "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...??? – Pilah Mampus!!!

Rakyat 1Malaysia yang teraniaya...

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini