apokonoeekau

28 Januari 2009

APOKONOEE: Sumbangan untuk Pasti Assyakirin Chabau

APOKONOEE: Sumbangan untuk Pasti Assyakirin Chabau

27 Januari 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL

Pas Cawangan Chabau mengucapkan selamat menyambut Maulidurrasul

26 Januari 2009

PAS MELAKA NAFI AHLI KELUAR PAS

27 Januari 2009
Ketua Pas, 40 ahli sertai UMNO ?

Dalam keadaan heboh dengan berita ADUN UMNO keluar partinya keluar berita picisan dan mengelirukan mengenai Ketua Pas Cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 ahli cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO, demikian seperti dilaporkan Bernama.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab ketika dihubungi menjelaskan siapakah Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai.

Sofi mengesahkan bahawa Ismail adalah seorang bekas ahli UMNO yang pernah masuk PAS suatu masa dulu dan dia adalah dalam kategori ahli yang bermasalah serta sudah lama tidak membayar yuran keahlian.

Mengenai cawangan yang di dakwa 40 bersamanya masuk UMNO, Sofi menafikan ianya tidak ujud kerana di situ tidak adapun cawangan PAS yang aktif seperti didakwa Ismail. Ismail juga bukannya Ketua Cawangan seperti didakwanya. Sekaligus menafikan berita tersebut

JOM ORANG CHABAU MASUK PAS

Assalamualaikum.
Terlebih dahulu kira rafaqkan jutaaan kesyukuran kerana Allah Taala memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat amnya.Mudah-mudahan Allah terus memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuangnya,syaratnya kita bekerja dengan lebih kuat dan bertawakkal kepadanya.

Sekarang angin perubahan bertiup kencang di seluruh negara dan janganlah kita tersisih daripada arus perubahan yang dibawa oleh Pakatan rakyat. PAS Cawangan Chabau khususnya menjemput dan meraikan kemasukkan ahli-ahli baru khususnya di cawangan ini kerana rasionalnya PAS membawa obor perjuangan Islam yang syumul.

Dari segi gerak kerja atau aktiviti PAS mampu mengenengahkan program-program yang membawa masyarakat mendekati Islam.Antara aktiviti PAS Cawangan Chabau ialah program Kuliah.PAS Cawangan berjaya menjemput beberapa orang ustaz yang mengajar kuliah mingguan antaranya :
1. Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz - Kitab Bahrul Mazi
2. Ustaz Kasim b Ibrahim - Kitab Darussamin
3. Ustaz Ashraf Mukhlis Hj Minghat - Kuliah Tafsir
4. Ust Nordin Ahmad -Kuliah Harfiah(Memahami huruf-huruf Al-Quran huruf demi huruf)
5. Ustaz Faisol Sheikh Mohammad - usrah cawangan.

Di samping itu juga PAS cawangan ada menubuhkan PASTI untuk anak-anak 4,5 dan 6 tahun di mana mereka diajar dengan asas pendidikan islam,menulis,membaca,mengira daan sebagainya.Ketika ini terdapat 26 orang pelajar di Pasti Assyakirin di mana mereka ini bukan sahaja anak-anak ahli pAS tetapi majoritinya adalah anak-anak ahli UMNO.

PAS cawangan juga banyak mengadakan program seperti Korban kelompok,sumbangan hariraya kepada fakir miskin,program ziarah,sambutan bulan-bulan penting dalam kalender islam,ceramah,dan sebagainya

Tidak ada sebab untuk masyarakat mengatakan bahawa PAS membawa ajaran salah tanpa terlebih dahulu mengkaji secara hadir secara langsung dlam program tersebut.Tuduhan sedemikian dihamburkan oleh mereka yang memang cemburu dengan PAS,malas untuk belajar,tidak berusaha untuk memperbaiki diri.

Oleh yang demikian PAS Cawangan dan PAS Kawasan Jasin khususnya membuka pintu seluas-luasnya pintu untuk mereka yang belum menjadi ahli untuk bersama-sama dengan PAS memperjuangkan Islam.Marilah kita sama-sama mengambil Islam yang dibawa oleh Rasulullah secara syumul dan meninggalkan perjuangan kebangsaan UMNO yang sis-sia.
Ingatlah sesungguhnya Malaikat Mungkar Nangkir tidak bertanya samada kita melayu,arab,cina hindu dan sebagainya tetapi sejauh manakah kita mengamalkan Islam yang dianjurkan.

Tuan-tuan yang belum menjadi ahli bolehlah membuat permohonan dengan mengisi borang ahli melalui ketua cawangan Tuan Hj Nordin b Yusof atau naib Ketua Tn Hj Shamsudin b Ali atau melalui setiausaha cawangan.Permohonan anda akan kami utamakan.

"JOM KITA MASUK PAS"

23 Januari 2009

TOK GURU PERASUAH

Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM


oleh Penarik Beca

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

Mesyuarat Agung Cawangan

PAS Cawangan Chabau Baru telah menerima surat arahan daripada PAS Kawasan Jasin untuk mengadakan mesyuarat agung cawangan.Arahan mesyuarat tersebut bermula januari hingga Mac 2009.Oleh yang demikian PAS Cawangan Chabau akan mengadakan mesyuarat agung tersebut mengikut arahan yang telah diberikan.Pada kali ini mesyuarat agung akan melantik pimpinan baru untuk sesi 2009-20011 bermula daripada ketua cawangan hinggalah kepada pemeriksa kira-kira.

Mesyuarat agung cawangan diharap dapat membentuk satu lapisan jawatankuasa yang mantap lagi berkesan.semoga mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan berk

20 Januari 2009

PENAMBAHAN AHLI CAWANGAN

PAS cawangan Chabau telah melaksana beberapa langkah untuk menambah ahli di peringkat cawangan.Langkah yang diambil amat penting kerana ia akan menjamin survival politik PAS Khususnya di peringkat cawangan amnya di peringkat kawasan dan negeri.
Pendekatan pertama ialah mendaftarkan nama anak-anak ahli yang telah akhil baligh dan seterusnya ahli-ahli yang berminat menginfakkan dirimelalui PAS.Jadual pergerakan AJK melalui pendekatan

Peringkat kedua ialah mendaftar penyokong-penyokong yang belum mendaftar sebagai ahli.Mudah-mudah gerak kerja yang di laksanakan akan berjalan dengan lancar.PAS cawangan beranggapan PAS berjaya dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawabboleh dengan lebih baik

19 Januari 2009

PESANAN HASSAN AL-BANA

Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna
Fahri Abdullah al-Masri

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna. Iklan



Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita. _

18 Januari 2009

TAHNIAH UMNO/BN

Tahniah diucapkan kepada UMNO kerana berjaya menjerumuskan seorang lagi Bekas Setiausaha Politik Pak Lah ke jurang kekalahan melalui pilihan raya. Insiden ini terjadi kerana pelbagai sebab. Hakikatnya, semua pemimpin UMNO yang terlibat dalam kempen UMNO di PRK Kuala Terengganu ada saham di dalamnya.

Pertama, Najib yang berpesan kepada anak-anak buahnya supaya mesra rakyat , telah menodai kata-katanya sendiri. Dia bertindak agresif, gelojoh menghulur wang, dan hidung tinggi. Ahmad Said mengugut pengundi-pengundi Cina. Hal-hal yang disebutkan itu menyebabkan ramai pengundi Cina dan Melayu terasa hati. Mereka menolak UMNO?BN.



Kedua, UMNO/BN menjadikan isu hudud untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP. Padahal isu tersebut menyerlahkan elemen perkauman yang kuat melekat pada batang tubuh parti perkauman, UMNO. Kesannya ialah rasa mual pengundi Cina terhadap UMNO dan rasa jengkel pengundi Melayu terhadap UMNO yang majoriti ahlinya Islam itu menentang hukum Allah.

Ketiga, membenarkan Khairy dan Ezam berkempen. Kedua-dua makhluk ini bukan eset tetapi laibiliti kepada UMNO. Khairy tidak pernah menampakkan dirinya seorang graduan Oxford. Jangan-jangan dia masuk universiti kembar dan ijazahnya dikeluarkan oleh Oxford. Sudah tiga kali dia kecundang (PRU ke-12 di Kelantan, PRK Permatang Pauh, dan PRK Kuala Terengganu). Ezam hanya tahu bercakap tentang kotak, keji DSAI, dan surat. Dia tak suruh pun pengundi Kuala Terengganu pangkah BN.

Keempat, UMNO sepatutnya berkempen secara gentleman. Yang berlaku ialah melahirkan dua Abu Jahak, iaitu Zahid Hamidi dan Muhammad Mat Taib. Kedua-duanya menggunakan fitnah atas MB Perak sebagai bahan kempen. Sampai begitu sekali ketandusan isu. Makan daging saudara sendiri yang jadi bahan kempen.

Kelima, Ahmad Said dan Saberi Cheek cakap ikut kepala lutut, bukan otak. Kalau tak tau fakta sejarah yang sebenar, janganlah terhegeh-hegeh nak kempen. Budak yang dah ambil SPM pun tahu sejarah kemerdekaan dan sejarah kepartian di Malaysia. Bacalah Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 sebelum berkempen. Buat malu sahaja.

Keenam, Puteri dan Pemuda UMNO buat hal yang sama macam di Permatang pauh. Mereka ini tak tau buat kerja lain ke? Atau mereka memang diasuh begitu. Bukan sahaja tak senonoh, biadap pulak tu.

Ketujuh, Pak Lah dan Deris Natang beri tahu penduduk Kuala Terengganu bahawa kemiskinan di Terengganu turun mendadak sejak diperintah BN mulai 2004. Statistik yang dibentang di parlimen pada 3 September 2007 meletakkan Terengganu di tempat ke-2 palingh banyak miskin tegar. Terengganu kalah dengan Kelantan yang UMNO kata miskin dan PAS tak pernah buat pembangunan. Kelantan duduk di tempat ke-6.

Jika demikian keadaannya, bagaimanakah rakyat nak percaya kepada UMNO? Sudahlah terpalit dengan gejala rasuah, jadi pengkhianat pula dengan melaksanakan PPSMI.

Di samping itu, pilih pula calon yang elit dan tak reti kenang jasa orang. Sanjung Allahyarham Datul Razali tetapi singkirkan beliau dari kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Sebab itulah tak ceria. Kepala hotak dihantui rasa bersalah terhadap Allahyarham.

Tabur duit tak tentu hala pun mendatangkan meluat dalam kalangan rakyat. Mereka rasa terhina kerana dianggap lapar duit. Rakyat bukan peminta sedekah.

Rakyat mahu duit mereka digunakan untuk meningkatkan pendapatan atau rezeki mereka. Tidaklah mereka tinggal dalam gubuk buruk sampai mati. Ini tidak. Pemimpin berlumba-lumba isi poket sendiri, menunjukkan kemewahan kepada rakyat yang melarat, dan membazirkan wang rakyat.

Terimalah pengajaran daripada rakyat dengan dada yang terbuka.

Tahniah sekali lagi UMNO/BN.

PELANCARAN KUTIPAN DERMA PALESTIN

PERHATIAN !!

PAS CAWANGAN CHABAU AKAN MELANCARKAN KUTIPAN DERMA PALESTIN PADA 20 JANUARI(SELASA) DI MARKAS PAS SEMPANG BEKOH.HASIL DARIPADA KUTIPAN TERSEBUT AKAN DISERAHKAN MELALUI PAS KAWASAN JASIN.KUTIPAN AKAN DILAKSANAKAN SELAMA SEMINGGU DAN TUAN/PUAN YANG INGIN MENDERMA BOLEH MENYERAHKAN KEPADA KETUA CAWANGAN TUAN HJ NORDIN B HJ YUSOF ATAU KEPADA SETIAUSAHA CAWANGAN.

PADA MALAM TERSEBUT JUGA AKAN DIADAKAN KULIAH YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH AL FADHIL USTAZ RAZALI JAMIL AL-HAFIZ.AHLI-AHLI PAS CAWANGAN DIMINTA HADIR

TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN DAN PETUGAS PAS JASIN

Alhamdulillah,Allah Taala memberi kemenangan yang tidak ternilai harganya apabila dapat mengalahkan parti asobiyah UMNO dan Barisan Nasional yang saban hari menghamburkan berbagai isu yang berbentuk fitnah,prasangka dan lain-lainnya samada dimedia cetak mahupun dalam media elektronik.Sesungguhnya Allah Taala membalas kerjabuat kita dengan kemenangan walaupun lawan kita mempunyai kekuatan yang difikirkan sukar untuk ditewaskan.

Kepada pemimpin dan petugas PAS dari Kawasan Jasin,selamat pulang..anda telah berjaya melaksanakan satu tugas yang telah diamanahkan oleh jamaah.Mudah-mudahan pengalaman yang diperolehi disana dapat kita aplikasikan di Kawasan Jasin.

Selamat kembali,semoga Allah Taala memberi rahmat dan memberkati tuan/puan.

KULIAH AGAMA DI MARKAS PAS CHABAU/SPG BEKOH

Program Kuliah Minggguan PAS Cawangan Chabau Baru
Markas Pas Sempang Bekoh

18 Januari 2008(Selepas Maghrib) - Kuliah Harfiah Ustaz Nordin Ahmad

19 Januari 2008 (Selepas Maghrib) - Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz

Tuan/puan pencinta ilmu dipersilakan hadir

15 Januari 2009

Sumbangan untuk Pasti Assyakirin Chabau

Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI Assyakirin adalah sebuah pusat asuhan yang ditubuhkan oleh PAS Cawangan Chabau Baru sejak Pas cawangan ditubuhkan kira-kira 9 tahun yang lalu.Pasti Assyakirin telah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang baik dalam akedemik mahupun spiritual.Dengan bantuan dan didikan 2 orang guru yang mengajar dengan tekun dan istikamah,Pasti Assyakirin telah berjaya dan maju seperti sekolah-sekolah pra yang lain.

Ketika ini terdapat 25 orang pelajar di Pasti Assyakirin dan apa yang diharapkan masyarakat khususnya ahli-ahli Pas serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan PAS membantu dari segi kewangan mahupun keperluan-keperluan lain.

Para penderma juga boleh menhinfak dalam bentuk wang untuk memudahkan pihak pentadbiran menguruskannya.Sumbangan tuan/puan boleh diberi melalui akaun bank pasti

Bank Isla, No akaun : 04-033-02-002628-3

Terima kasih atas sumbangan anda

Selamat berjuang petugas-petugas PAS Jasin di KT

Assalamualaikum.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan beberapa jam sahaja lagi .Masing-masing negeri menghantar petugas mereka untuk memastikan Calon Pas memenangi kerusi parlimen tersebut.Tidak ketinggalan petugas-petugas dari PAS Kawasan Jasin yang diketuai oleh Saudara Aminudin Ali merangkap ketua pemuda PAS kawasan Jasin.

Lain-lain pimpinan PAS kawaasan telah berkampung sejak 5 Januari lepas mereka termasuklah YDP PAS kawasan Mej(B) hj Jasme b. Tompang,NYDP Sdr Yuhaizad b Abdullah dan lain-lain pimpinan PAS Kawasan.

Mudah-mudahan kerja baik mereka akan dibalas dengan pahala yang berlipatkali ganda dan Allah beri kemenangan kepada perjuangan suci PAS.

Sekian wassalam.

Blogmaster apokonoee.blogspot.com

Media dan UMNo talibarut dan penentang HUDUD

Malam tadi 15 januari 2009 UMNO,MCA,Gerakan dan termasuk media (TV3,Astro,TV1) telah memainkan Isu Hudud. Gerakan melalui Pemudanya di Pulau Pinang telah melancarkan gerakan anti Hudud melalui laman webnya.Kita lihat isu hudud yang pada awalnya dimainkan oleh Khairi Jamaludin di Kota Baru telah membawa sebahagian daripada masyarakat Malaysia khususnya orang Islam kearah penghinaan hukum Allah secara total.Kita tidak hairan kalau Gerakan ,segelintir pimpinan DAP dan lain-lain menghina hukum Allah kerana mereka tidak faham dan tidak mahu difahamkan tetapi yang sangat menghairankan BN melalui UMNO yang kebanyakannya mengaku Islam mempermainkan hukum tersebut.Sepatutnya mereka bersama-sama PAS mempertahankan,mengalakkan,memahamkan orang bukan islam tentang hudud tetapi pemimpin UMNOlah yang terang-terang menentang hukum hudud.

Semasa hidup bolehlah kata apa sahaja semaunya tetapi bila bertemu dengan Allah Rabbuljalil jawablah !!Jadi apa yang kita boleh harapkan dengan UMNO,mereka bersama ahli-ahlinya terdedah dengan kefasikkan yang boleh menjejaskan akidah.Kita harap mereka pulang kepangkal jalan dan terimalah Islam itu keseluruhannya.

Hiudp Islam Hancur BN

14 Januari 2009

Hancur Israel !

HANCUR,HANCUR ISRAEL,HANCUR-HANCUR HANCUR BN
HIDUP-HIDUP.HIDUP ISLAM

12 Januari 2009

Cara Nak boikot barangan Amerika

Nak tau cara boikot?
Perniagaan yang paling menguntungkan sekarang !!!
Pada yang hendak berdemo, tempah poster, banner, sticker, name tag, t shirt topi. Wakakak ... kayo den. Ahhh .. ramai sangat dah buat. Tak per ...

Aku bagi korang kaedah untuk memboikot barangan Amerika dan Yahudi.

Langkah 1,
Lawati blog berikut

hendrastar.wordpress.com


[...] Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak. [...]

Langkah 2
Duduk menung, mana satu barang yang korang nak buang ni?

Langkah 3
Selepas tersenarai, korang letakkan di dalam satu bag bonjot atau guni plastik ...

Pekan Cowboy Sempang Bekoh.

Pekan Cowboy Sempang Bekoh terletak di tengah-tengah perjalanan antara Bandar Jasin dan Pekan Nyalas iaitu kira-kira 15 kilometer daripada Pekan Jasin.Sekiranya mereka yang melalui jalan tersebut mereka akan lihat sebuah pekan lama yang kalau dikira boleh buat pengambaran filem tahun 70an.

Semenjak 50 tahun Kerajaan BN memerintah Melaka tidak ada apa-apa perubahan yang boleh dilihat di pekan tersebut.Jika adapun sederet bangunan baru kira-kira 20 unit rumah kedai yang dibina lebih 10 tahun lalu,masih belum digunakan sepenuhnya.hanya kira-kira beberapa kedai sahaja dibuka.Ini memperlihatkan kelemahan kerajaan BN dan pihak berkuasa tempatan dalam merancang sesebuah pekan atau bandar.

11 Januari 2009

PAS Cawangan Chabau Maju Kehadapan

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS CAWANGAN CHABAU )

Ketua Cawangan : Tn Hj Nordin b Hj Yusof
Biodata: Bekas Pengetua Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu.Umur 62 tahun isteri juga seorang guru.Anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.Seorang yang berbadan kecil,kurang bercakap dan warak orangnya.Ketokohan pimpinannya di cawangan Chabau menyebabkan rakan dan lawan menghormatinya.pengetahuan agamanya agak tinggi dan mengetuai pimpinan PAS Chabau dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Naib Ketua : Tn Hj Shamsudin b Hj Ali
Biodata : Berumur 50 tahun dan mempunyai 6 orang anak.Beliau merupakan bekas jutera di Perwaja steel kemudian berkhidmat di sebuah kilang di Air Keroh Melaka juga sebagai Pengurus Bahagian Pengeluaran.Seorang yang cekal dan bertanggungjawab.

UMNO Buang Tebiat

Ramai yang tidak menyedari ada sesuatu yang pelik dan luarbiasa sepanjang kempen pilihanraya P036, UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional tidak lagi menggunakan perang saraf mengumumkan beratus-ratus ahli PAS atau PKR keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Umumnya menyedari setiap kali berlaku pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil maka berbondong-bondong borang keahlian UMNO diterima, Najib Razak selalunya diberi peranan penting menerima borang permohonan tersebut, lihat saja di Permatang Pauh, imbas seketika pada pilihanraya kecil Ijok. TV 3 suku selalunya akan menyiarkan berita tersebut sebagai berita penting dan utama, golongan fanatik UMNO, berkarat biru pula tersengih-sengih macam kerang busuk mencanang gendang diwarong-warong kopi menyatakan pembangkang sudah kehilangan sokongan. Itulah perangai UMNO.Namun di Kuala Terengganu, setakat hari ini, belum lagi kedengaran berita mereka yang ingin keluar parti dan memohon untuk menjadi ahli UMNO, hairan ada, pelik pun ada, adakah situasi ini berlaku kerana ramai sudah menyedari UMNO sebenarnya sebuah kapal usang yang sedang menunggu masa untuk karam dilautan reformasi. Menaiki kapal bernama UMNO yang sudah bocor disana sini bukan sahaja tidak mendatangkan apa jua kebaikkan malah tersilap langkah penumpang akan tenggelam bersama kapten kapal yang selalu tertidur semasa mengemudikan kapal, ataupun situasi ini terjadi kerana UMNO sendiri merasakan perang saraf sebegini bukan lagi senjata ampuh yang mampu menewaskan musuh, apatah lagi kebelakangan ini terlalu ramai panglima perang UMNO yang dahulunya sekapal telah meloncat ke kapal baru yang lebih baik dan kukuh. Kemasukkan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Zahar Hashim bersama pengikut beliau menyertai PAS telah menyebabkan UMNO bahagian itu bukan saja lumpuh malahan kehilangan pejabat kerana bangunan yang dijadikan pejabat Umno itu diserahkan Zahar kepada Pas, malah keadaan UMNO Selangor bertambah parah apabila semalam lebih 100 orang ahli UMNO Bahagian Kelana Jaya pula telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Pesuruhanjaya PAS Selangor, Dato’Hassan Ali. Mengimbas kembali perang saraf UMNO tentang penghijrahan ahli PAS kedalam UMNO, pada pilihanraya umum lalu, mantan MB Terengganu, Idris Jusoh adalah orang yang cukup bijak memanipulasikan isu kemasukkan ini. Satu program khusus telah dirangka bagi melemahkan semangat pengikut-pengikut PAS iaitu Program Selamat Tinggal PAS, saban malam ada saja berita kemasukkan ahli-ahli PAS kedalam UMNO, seandainya dibuat bancian yang menyeluruh, akibat kemasukkan berduyun-duyun ahli PAS itu, sebenarnya sudah tiada seorang pun ahli PAS di Terengganu, semuanya sudah berada dikem UMNO, Berita kemasukkan abang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, iaitu Zakaria Ali ke dalam UMNO menjadi bahan kempen saban malam, walhal Zakaria Ali sebenarnya telah menyertai UMNO sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar lagi. Inilah kerja UMNO yang sentiasa memutarbelitkan fakta. Mungkin mengambilkira aib yang ditanggung selepas mengetahui keputusan pilihanraya Kecil Permatang Pauh, UMNO keberangkaliannya telah membuat keputusan bahawa segmen keluar parti sudah lapuk dan tidak berkesan digunakan. Betulkah begitu? Berita terbaru di Berita Harian Online sebentar tadi melapurkan Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Razak cukup optimis selepas memasuki lima hari berkempen, calon Barisan Nasional mempunyai peluang yang amat cerah mempertahankan kerusi itu. Yang nyata itulah nada sama semasa beliau berkempen di Permatang Pauh.
Mungkin ada lagi beberapa perkara pelik yang selalu dilakukan oleh UMNO setiap kali pilihanraya tanpa kita menyedari tidak lagi dilakukan. UMNO sudah membuang tabiat sebenarnya dan orang yang buang tabiat, kebiasaanya sudah dekat dengan ajalnya. Dalam ertikata lain UMNO sudah hendak mati. Innalillah.

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini