apokonoeekau

18 Januari 2009

TAHNIAH UMNO/BN

Tahniah diucapkan kepada UMNO kerana berjaya menjerumuskan seorang lagi Bekas Setiausaha Politik Pak Lah ke jurang kekalahan melalui pilihan raya. Insiden ini terjadi kerana pelbagai sebab. Hakikatnya, semua pemimpin UMNO yang terlibat dalam kempen UMNO di PRK Kuala Terengganu ada saham di dalamnya.

Pertama, Najib yang berpesan kepada anak-anak buahnya supaya mesra rakyat , telah menodai kata-katanya sendiri. Dia bertindak agresif, gelojoh menghulur wang, dan hidung tinggi. Ahmad Said mengugut pengundi-pengundi Cina. Hal-hal yang disebutkan itu menyebabkan ramai pengundi Cina dan Melayu terasa hati. Mereka menolak UMNO?BN.



Kedua, UMNO/BN menjadikan isu hudud untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP. Padahal isu tersebut menyerlahkan elemen perkauman yang kuat melekat pada batang tubuh parti perkauman, UMNO. Kesannya ialah rasa mual pengundi Cina terhadap UMNO dan rasa jengkel pengundi Melayu terhadap UMNO yang majoriti ahlinya Islam itu menentang hukum Allah.

Ketiga, membenarkan Khairy dan Ezam berkempen. Kedua-dua makhluk ini bukan eset tetapi laibiliti kepada UMNO. Khairy tidak pernah menampakkan dirinya seorang graduan Oxford. Jangan-jangan dia masuk universiti kembar dan ijazahnya dikeluarkan oleh Oxford. Sudah tiga kali dia kecundang (PRU ke-12 di Kelantan, PRK Permatang Pauh, dan PRK Kuala Terengganu). Ezam hanya tahu bercakap tentang kotak, keji DSAI, dan surat. Dia tak suruh pun pengundi Kuala Terengganu pangkah BN.

Keempat, UMNO sepatutnya berkempen secara gentleman. Yang berlaku ialah melahirkan dua Abu Jahak, iaitu Zahid Hamidi dan Muhammad Mat Taib. Kedua-duanya menggunakan fitnah atas MB Perak sebagai bahan kempen. Sampai begitu sekali ketandusan isu. Makan daging saudara sendiri yang jadi bahan kempen.

Kelima, Ahmad Said dan Saberi Cheek cakap ikut kepala lutut, bukan otak. Kalau tak tau fakta sejarah yang sebenar, janganlah terhegeh-hegeh nak kempen. Budak yang dah ambil SPM pun tahu sejarah kemerdekaan dan sejarah kepartian di Malaysia. Bacalah Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 sebelum berkempen. Buat malu sahaja.

Keenam, Puteri dan Pemuda UMNO buat hal yang sama macam di Permatang pauh. Mereka ini tak tau buat kerja lain ke? Atau mereka memang diasuh begitu. Bukan sahaja tak senonoh, biadap pulak tu.

Ketujuh, Pak Lah dan Deris Natang beri tahu penduduk Kuala Terengganu bahawa kemiskinan di Terengganu turun mendadak sejak diperintah BN mulai 2004. Statistik yang dibentang di parlimen pada 3 September 2007 meletakkan Terengganu di tempat ke-2 palingh banyak miskin tegar. Terengganu kalah dengan Kelantan yang UMNO kata miskin dan PAS tak pernah buat pembangunan. Kelantan duduk di tempat ke-6.

Jika demikian keadaannya, bagaimanakah rakyat nak percaya kepada UMNO? Sudahlah terpalit dengan gejala rasuah, jadi pengkhianat pula dengan melaksanakan PPSMI.

Di samping itu, pilih pula calon yang elit dan tak reti kenang jasa orang. Sanjung Allahyarham Datul Razali tetapi singkirkan beliau dari kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Sebab itulah tak ceria. Kepala hotak dihantui rasa bersalah terhadap Allahyarham.

Tabur duit tak tentu hala pun mendatangkan meluat dalam kalangan rakyat. Mereka rasa terhina kerana dianggap lapar duit. Rakyat bukan peminta sedekah.

Rakyat mahu duit mereka digunakan untuk meningkatkan pendapatan atau rezeki mereka. Tidaklah mereka tinggal dalam gubuk buruk sampai mati. Ini tidak. Pemimpin berlumba-lumba isi poket sendiri, menunjukkan kemewahan kepada rakyat yang melarat, dan membazirkan wang rakyat.

Terimalah pengajaran daripada rakyat dengan dada yang terbuka.

Tahniah sekali lagi UMNO/BN.

0 ulasan:

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini