Assalamualaikum.
Adalah dimaklumkan bahawa PAS cawangan Chabau akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 15 Mac 2009 bertempat Markas PAS 2 Sempang Bekoh.Oleh kerana mesyuarat ini amat penting khususnya kepada ahli-ahli PAS Cawangan Chabau maka semua ahli diwajibkan hadir,memberi pandangan,muhasabah diri dan parti di samping melihat kembali apakah peranan kita setiap ahli terhadap jamaah.Pada tahun ini kita akan mengadakan pemilihan pimpinan di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat kawasan dan pusat.Luangkanlah masa tuan/puan demi untuk kebaikan dan kepentingan jamaah kita.
Pilihlah kepimpinan yang saudara anggap ianya boleh memajukan parti,memartabatkan islam khususnya di Cawangan Chabau.
Tuan Haji Nordin b. Haji Yusof
Ketua PAS cawangan Chabau.
15 Februari 2009
PERUTUSAN MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN CHABAU
Dicatat oleh PAS CHABAU di 12:36 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan