apokonoeekau

18 Februari 2010

ha..ha..haaaa. padan muka kau semua !

Haaaa-...haaaaa....haaaa.....! Akulah menteri besar Perak yang baru ! kau dengar tu ! puas hati aku...walaupun parti aku tak menang dalam pilihanraya,tapi aku tetap jadi menteri besarrrrr ! Boleh jalan kau semua ! Aku berkuasa...rumah siapa yang aku nak robohkan...itu aku punya suka.....









Lepas ni semua kayu-kayu buruk ini aku nak jadikan kayu api !












Tunjuklah perasaan.....kau nak kena pemedih mata ? aku sebatkau dengan belantan baru kau tau !
Berani nak lawan aku !

agaknya !

ZERO-KATAK in PKR: Proses Pe'nyahkeluar'kan katak sedang berlaku



Apabila sekor katak dari Penang keluar PKR, maka riuhlah katak-katak lain yang bersuara. Katak Behrang ber-ong-ang..... bla.. bla.. bla... bagi komen macam katak moron. Tak mahu ketinggalan juga ialah katak dalam kotak yang telah di'sejukbeku'kan oleh UMNO di dalam kotaknya.

Alih-alih terdengar pulak suara dia. Ha.. ha... ha... rupanyer sudah kena defrost oleh UMNO. Malaun ni akan didefrostkan oleh UMNO, apabila perlu saja. Lepas kena tonggang, dia akan dimasukkan semula ke dalam kotaknya dan disejukbekukan sekali lagi. Malang sungguh nasib katak bernama Ezam al-Kotaki.

Alahai... kalau katak tak tunjuk support pada katak yang lain, siapa lagi?? Weh... semangat setiakawan ler katakan. Ermmmm..... tersentuh aku!! Ha..ha...ha...ha...

Ezam al-Kotaki siap persoalkan tindakan Tok Guru Nik Aziz yang mengesa supaya Katak Bayan Baru melepas kedudukannya sebagai MP bagi membolehkan PRK diadakan. Rakyat pilih calon PKR bukan calon bebas. Jadi lepaskan jawatan dan tanding semula. Bijak sungguh Tok Guru Nik Aziz. Itu cara demokratik yang paling bermaruah. Awat?? Hangpa kecut perut ka??

Aha.... memang UMNO kecut perut. Sebab itu, mereka beriya-iya menunjukkan sokongan kepada si katak.... yang bertegas mahu menjadi calon bebas. Bergegor telor demer jika PRK diadakan. Silap-silap getak!! Sure... pasti kiok punyer!! Aha... dua-dua bahasa aku sekali guskan. Bukan apa... sebagai penegasan yang mereka pasti bungkus.

Si Katak Bayan Baru pun tahu hakikat ini. Dia tahu rakyat Bayan Baru marahkan dia. Sebab tu.... dia belah dari PKR sebelum disapu keluar. Kalau letak jawatan... tak merasa ler nak bergelar YB lagi. Well... rakyat dah benci... what do you expect?? Nak menang?? Jangan ngigau ler!!

Ezam al-kotaki pulak kata.... keluarnya katak ini dari PKR akan beri impak yang besar kepada parti itu. Aku setuju sesangat dengan kenyataan ayat sesumpah ini... AKAN BERI IMPAK YANG BESAR kepada PKR.

Sememangnya akan beri impak yang besar. No doubt about it. But hello... for your information, impak besar yang positif. Ketiadaan Katak Bayan Baru and the rest of the kataks... akan memberi kesan positif kepada PKR. PKR sekarang sedang dalam proses menyahkeluarkan species katak bagi merealisasikan misi ZERO-KATAK dalam PKR.

So... kalau ada yang dengan rela say bye-bye... lagi mudahlah urusan proses pe'nyahkeluarkan katak ini. Jadi, you see... mereka lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Dari luar mungkin nampak macam satu set-back kepada PKR tetapi sebenarnya... ia satu hikmah. A blessing in disguise... kata orang putih.

Kepada Zahrain yang baru menjadi katak.... congratulations!! And... to the rest of the kataks, thank you very much and good luck!!

17 Februari 2010

Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing

Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia berdepan dengan tekanan dari ahli parlimen Australia yang mendesak supaya digugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Amerika pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan perbicaraan kes Anwar berjalan secara adil.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia. Beliau juga merupakan pengarah DNA Consults.

Beliau dipanggil untuk menyediakan Kepakarannya dalam bidang DNA yang dijangka dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan pengalaman mengajar, di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Sementara itu, Dr Wells merupakan prof madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne.

Beliau kini merupakan ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

LEBIH BAIK ROBOHKAN SEMUA RUMAH RAKYAT,WAHAI ZAMRI !

IPOH, 17 Feb: Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

16 Februari 2010

Mengapa Kerajaan Lim Guan Eng digeruni UMNO ?

Sehari dua ini, Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng begitu hebat diserang oleh UMNO. Bermula dengan tuduhan merobohkan gerai orang Melayu hinggalah kepada tuduhan oleh MP Bayan Baru Datuk Zahrin Hashim bahawa LGE seorang chauvanis, diktaktor dan komunis.

Seterusnya berbondong-bondong orang Melayu buat demostrasi hingga bakar patung LGE. Mengapa begitu marah dan geram UMNO Pulang Pinang terhadap LGE ?

Inilah yang perlu kita kaji.

Apabila DAP dapat tawan Pulau Pinang setelah puluhan tahun mengidam dan guna slogan keramat mereka "Tanjung 1" hinggalah "Tanjung 3" akhirnya Pulau Pinang dapat di tawan dalam PRU 12.

UMNO melihat tertawannya Pulau Pinang bermakna diayah dan propaganda mereka dengan motto perkauman sudah berkecai. Mengapa? Ini kerana berlaku perubahan pemikiran orang Melayu terhadap UMNO.

Mereka melihat UMNO sekadar boneka selama 50 tahun memerintah bersama GERAKAN.

Lebih "parah" lagi , apabila cara pemikiran Lim Guan Eng berbeza dengan cara pemikiran pimpinan DAP sebelum itu. Kita melihat pemikiran LGE berubah sejak keluar penjara Kajang akibat pembelaannya terhadap gadis Melayu yang dirogol pimpinan UMNO Melaka.

Semasa di penjara, LGE mendapat sokongan moral hasil lawatan pimpinan PAS seperti Mohammad Sabu. Begitu juga hasil bacaan tentang kisah ketelusan Khalifah Umar Abd Aziz. Difahamkan buku kisah Umar Abd Aziz adalah hadiah dari arwah Ustaz Fadhil Nor.

Di sinilah bermulanya titik tolak perubahan pemikiran Lim Eng Guan dan pimpinan DAP hatta Lim Kit Siang.

Sepertimana PAS yang sedar untuk memerintah Malaysia mereka perlukan undi bukan Islam, begitu juga DAP. Mereka menyedari perlunya dibuat anjakan paradigma pemikiran pimpinan mereka dan rakyat terhadap DAP. Jika dulunya orang Melayu melihat DAP umpama melihat komunis dan Singapura. Mereka melihat wajah Lim Kit Siang macamlah melihat wajah Lee Kuan Yew. Penuh kebencian atas dasar perkauman.

Lim Guan Eng menyedari realiti itu. Hasilnya kita lihat berlaku beberapa perubahan anjakan paradigma pimpinan DAP. Inilah yang amat menbimbangkan UMNO. Antaranya :

a) Kunjungan Kit Siang ke Rhusila.
b) Keazaman Eng Guan untuk contohi Khalifah Abd Aziz.
c) Ancaman DAP Perak untuk ingkar arahan DAP Pusat agar tidak sokong PAS jadi MB Perak.
d) DAP Pahang begitu akrab dengan PAS Pahang semasa DAP keluar dari Barisan Alternatif.
e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz.

Melihat kepada ini semualah, maka UMNO mula menghalakan "peluru pandunya" ke arah Pulau Pinang. Sasaran utamanya Lim Guan Eng.

UMNO akan mengorek-ngorek isu untuk ditimbulkan di Pulau Pinang. Modal perkauman antara yang utama. Tujuan utama agar orang Melayu balik semula kepada pemikiran dahulu iaitu, "DAP adalah untuk orang Cina, komunis dan Singapura".

Sebab itulah tuduhan MP Bayan Lepas terhadap LGE diulang-ulang oleh Utusan Malaysia dan media barua UMNO. Kini UMNO mendapat 3 "peluru pandu" baru iaitu MP Kulim, MP Bayan Lepas dan MP Pasir Mas untuk dilancarkan ke arah Pulau Pinang.

UMNO melihat rapatnya DAP dengan PAS dalam keadaan MCA masih "berperang "sesama sendri suatu yang membahayakan UMNO dan BN.

UMNO juga melihat rapatnya DAP dengan PAS bermakna DAP dan orang Cina akan mendapat gambaran sebenar Islam dan keadilannya.

Lebih membahayakan UMNO apabila Lim Guan Eng menguar-uarkan untuk ikuti contoh Khalifah Umar Abd Aziz dengan mengaplikasikan melalui CAT.

Bagi UMNO selagi LGE menguasai Pulau Pinang, harapan mendapat undi Cina semakin tipis sepertimana harapan mendapat Kelantan umpama mimpin di siang hari. Lebih-lebih lagi bila Ku Li bersama dalam perjuangan royalti minyak

Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi


Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.

Pada hal di Kedah perarakan Maulud dah dibatalkan sejak zaman regim UMNO perentah lagi.
Tak dak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato sri Mahazir Khalid bekas MB kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud.banyak lagi negeri negeri lain dibawah regim umno tak belarak pun.kenapa media arus perdana tak persoalkan.Nampak makin jelas media jadi ketuloi(barua)Umno.

Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tak salah tiada perarakan tak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah,salah guna kuasa,adu domba dikalangan rakyat bergaduh,yang salah dan berdosa bila Umno lakukan provokasi supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala babi kedalam masjid.

Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena.

ANDA ADA PENYAKIT RESDONG ATAU ALAHAN ? 7 PENDOA PENYELESAI MASALAH.

Assalamualaikum.

Anda yang dihormati,resdong atau alahan adalah penyakit yang kerap menimpa kebanyakan orang.Antara kesannya ialah mata gatal dan berair,hidung gatal dan kerap bersin,muka dan telinga berasa gatal dan beberapa kesan lain .

Kini ramai pesakit yang telah sembuh dengan memakan sejenis herba yang berbentuk majun yang kecil hanya dengan makan 2 biji di peringkat permulaan dan selang sebiji sehari di hari berikutnya.Dalam tempoh dua hari kesan alahan atau resdong akan lega dan anda boleh melakukan kerja dengan selesa.Majun kecil yang diberi nama TUJUH PENDOA sangat mujarab dan berkesan . Mengikut testimoni ramai pengidap resdong dan alahan,kesemua mereka mengatakan ubat tersebut sangat berkesan dan tidak menimbulkan sebarang alahan sampingan. Tujuh Pendoa yang dihasilkan daripada rempah ratus dan akar ginseng insyallah memberi anda keselesan hidup.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi no tel 0196582008 bila-bila masa.

Generasi Baru Al-Qaidah Lebih Hebat Dari Osama, Telah Datang.




GENERASI baru Al-Qaidah telah datang. Mereka jauh lebih hebat, dibanding dengan Osama dan Ayman al-Zawahiri. Penganalisis Gerakan Islam, memperingatkan perluasan Al-Qaidah mempunyai hubungan dengan kelompok jihad tempatan seperti di Yaman, Somalia, dan beberapa negara Afrika.

Generasi baru ini berbeda dengan generasi sebelumnya. Mereka terdiri dari golongan berpendidikan, mampu menggunakan alat-alat modern dan canggih, termasuk dibidang komunikasi dan senjata. Mereka mempunyai kemampuan yang lebih dahsyat bagi menyambung perjuangan generasi tuanya, terutama dibidang persenjataan.

Hal ini membimbangkan Barat, khususnya dalam menghadapi kecenderungan baru yang berkembang, dan bukan hanya di dunia Islam sahaja, tetapi berlaku dalam negara Barat sendiri. Tentu hal ini tidak lain, akibat dari buruknya pandangan Barat, terhadap umat dan agama Islam, dengan terus melakukan penjajahan. Demikian dilaporkan oleh Era Muslim sebagai media Islam rujukan hari ini.

Menurut konferen 'The International Center for Future and Strategic Studies (ICFS), di Cairo, 27 Januari 2010, bertajuk 'Evolution of al-Qaidah', generasi baru Al-Qaidah ini akan menjadi ancaman keamanan regional, dengan melakukan konfrontasi dengan kerajaan dan kelompok alat asing (Barat), yang kini terus menjajah dan mencengkam negara-negara Islam. Konferens itu dihadiri dari berbagai ahli politik, keamanan, dan penganalisis di bidang Gerakan Islam, yang berasal dari berbagai negara, Mesir, Yaman, Palestin, dan beberapa negara Arab lainnya.

Makram Mohammed Ahmed, seorang penulis dan Ketua Sindikat Wartawan Mesir, menjadi pembicara utama, mengingatkan resiko organisasi lokal, yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaidah, dapat mempengaruhi kehidupan politik di Mesir, sesudah kegagalan mereka di AS. Akram mencontohkan, bangkitnya Al-Qaidah di Yaman, sesudah kegagalan mereka di Iraq, di mana kemudian mereka berpindah ke Yaman.

Mereka dapat membangun kekuatan dengan cepat, khususnya dengan kemunculan banyaknya kelompok militan, yang akan menjadi generasi baru Al-Qaidah. Sekarang telah lahir apa yang disebut Al-Qaidah 'Jazirah Arab', dibawah pimpinan Abu Bashir al-Wahayshi, yang berasal dari Yaman.

Ketua Sindikat Wartawan Mesir itu yakin Al-Qaidah sekarang menguatkan asas gerakannya di Yaman, dan akan menjadi faktor ancaman baru di kawasan itu. Kebangkitan Al-Qaidah, bersama kelompok Jihadis Salafi, dan Gerakan Al-Shabab di Somalia, menjadi kekuatan besar masa depan. Tentu hal ini menjadi ancaman kepada sekutu Barat (AS).

Inilah yang membimbangkan sebahagian penganalisis, presiden dan raja, yang sekarang menghadapi ketidak percayaan rakyatnya, kerana terlalu mendekati Barat, banyak melakukan pembunuhan dan penghancuran terhahadap umat Islam, seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan Somalia

Menurut Prof. Fuad Salabi, dari Universitas di Yaman, dan Abdul Rahim, yang memimpin lembaga analisis, Arab Center for Reseach and Studies, menegaskan, "Fenomena generasi baru Al-Qaidah dan orientasi mereka, adalah suatu yang sangat baru.. Dan dengan latar belakang pendidikan mereka, serta kemampuan mereka membangun organisasi, komunikasi dan senjata baru lebih canggih, adalah model generasi baru gerakan Al-Qaidah", ujar Rahim.

Al-Qaidah, dan kelompok Jihadis Salafi, merupakan jenis baru Gerakan Islam, yang melakukan perlawanan terhadap bentuk penjajahan Barat dan sekulerisme (materialisme), yang sekarang mengancam kaum Muslimin. (EraMuslim/2MA))

PAS Mahu SPRM Siasat Bagaimana Umno Boleh Gunakan UiTM Pahang Untuk Konvensyen

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) untuk program Konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 2000 orang ahli Umno Pahang dijangka akan berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan didalam Universiti berkenaan. Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran Menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak Mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik apalagi membenarkan program politik didalam kampusnya. Kalau dengan alasan sudah mendapat restu Menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.

PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk mengunakan fasiliti rakyat itu. Sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam mengunakan fasiliti rakyat. Malah pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke Mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM 218 juta semasa pilihanraya 2008. Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan .

Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, dimana UiTM tanpa segan silu mengarahkan Mahasiswanya menjadi petugas semasa Persidangan Umno setiap tahun di PWTC.

PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana Kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan. PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi program Konvensyen Umno ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Menghayati semangat tulen konsep PR...

Li Fook Gao


Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang tetiba bangun daripada tidur untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia - “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”

Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata, “Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Fiesta Tarian, Fesyen Kebaya Puteri UMNO bakal jadi acara tahunan

Fiesta Tarian, Fesyen Kebaya Puteri UMNO dilakukan dalam bulan Rabiul Awal.
Umno menghina bulan Maulidur Rasul. Umno sambut kehadiran Maulud Nabi dengan maksiat. Kenapa UMNO tak demontrasi ?

KOTA KINABALU, 16 Feb. — Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya Puteri Umno akan dijadikan acara tahunan, bermula tahun ini di peringkat negeri dan nasional, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pesta budaya seumpama itu penting bagi merintis jalan ke arah memperkukuhkan semangat perpaduan di negara ini.

"Perbezaan budaya tidak seharusnya dijadikan jurang pemisah yang akhirnya secara langsung akan memisahkan masyarakat. Sebaliknya kepelbagaian budaya dijadikan sebagai landasan perpaduan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan Fiesta Tarian Melayu Kreatif dan Fesyen Kebaya anjuran pergerakan Puteri Umno Sabah dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah, di sini malam tadi.

Rosnah berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini termasuk memperkenalkan Dasar Kebudayaan Nasional dan gagasan 1Malaysia.

Dalam hal ini, beliau memuji usaha Biro Kebudayaan dan Warisan Puteri Umno Sabah yang merupakan negeri pertama menganjurkan program tersebut. - Bernama

Rendahnya Mentaliti Pemimpin Umno, Harusani Pun Sama

Oleh Misbahul Munir

Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.

Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud.



Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.

Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.

Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?

Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya. Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.

PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu............

Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?

Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.

Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi. Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.


Zulkefli Nordin Tak Usah Cakap Banyak, Keluarlah Cepat..


ZULKEFLI Nordin kata ada usaha di kalangan jawatankuasa disiplin PKR hendak buang beliau dari parti berkenaan. "Ada usaha firaun kecil nak buang saya," katanya. Dia mempertikaikan mesyuarat lembaga disiplin parti itu esok dibuat semasa beliau berada di Korea menghadiri persidangan bersama rakan pembangkang lain.

Aduh Saleha, sedap sungguh bunyi kata-kata Zulkefli. Hanya mereka yang pekak dan buta akal saja akan terpengaruh dengan kata-kata manis si Zulkefli ini

Lama sebelum ini saya sudah menulis ke mana hujung jatuh politik Zulkefli Nordin. Saya sudah meramal mengenai pengakhiran perahu kecil politiknya. Dia sedang berkluk klik untuk keluar parti bagi mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru. Dia akan melakukan apa saja untuk itu. Penarikan balik petisyen pilihan raya parlimen Kulim - Bandar Baru adalah dirancang.


Bila saya menulis menceritakan mengenai munafiknya ahli parlimen bertubuh kecil ini para penyokong otak kemetotnya marahkan saya. Ada yang mengatakan sata membuat fitnah. Mereka ini adalah orang-orang Pas dan PKR sendiri. Tetapi hari ini semakin hari semakin terbahar dan terdedah apa yang berlaku sebenarnya. Anwar Ibrahim sendiri juga sudah mula merasa jengik dan muak dengan politik hama Zulkefli Nordin. Apa yang dianggap fitnah perlahan-lahan bertukar menjadi kebenaran.

Saya tidak berhajat menulis apa yang saya tahu mengenai dirinya dan juga agenda yang disusunya selama ini dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai ahli Parlimen. Sila buka dan rujuk kepada tulisan saya yang lepas dalam blog. Atau kalau sudi hubungi sdr Md Radzi Mustapa, peguam yang menguruskan soal petisyen ke atas kerusinya. Tanya Radzi apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pendirian, sikap, perangai Zulkefli Nordin ini. Ataupun tanya peguam Pakwan Cheek Marican atau Kamar Aniah Kamaruzaman. Kedua mereka ini tahu dari Z sampai I dan dari N sampai N.

Cuma apa yang saya nak sebut di sini, Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak. Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasnaya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu.

Dan sekrianya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehawal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio.

Usalahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah dan sesiapa saja dalam PKR rasanya suka dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja. Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya.

Eloklah kalau Zulkefli nak serta Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kaloimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Zulkefli. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.

Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan teloran kepada orang yang sudah membenci kita. Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan.

TERUSKAN KEMARAAN

Saya mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan sejak mula adalah sebuah wadah kepada mereka yang berhasrat mendukung prinsip-prinsip perjuangan demi membawa Perubahan untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang kelompok terdesak yang sedar hegemoni mereka kini goyah dilanda kesedaran Rakyat. Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama KeADILan. Perjuangan ini menuntut kesediaan serta kesanggupan mengharungi tekanan dan cabaran.



Pada permulaannya antara cabaran yang kita hadapi adalah masalah kewangan. Kita tidak punyai banyak pilihan. Alhamdulillah pada PRU 2008 lalu kita tetap berjaya menampilkan calon-calon berwibawa dan berkelayakan.

Walaubagaimanapun sudah tentu ada di antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan KeADILan sekaligus mengecewakan hasrat Rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

Namun saya yakin kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha tidak mengulangi kesilapan sebegini di masa hadapan.

Kepimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan bahkan terdiri dari mereka yang tahan diuji serta setia kepada perjuangan ini.

ANWAR IBRAHIM

Elaun guru Tahmir Melaka tinggal RM10!

Elaun guru Tahmir Melaka tinggal RM10!
Angkasanuri

Bermula minggu ini semua elaun guru tahmir di Melaka dipotong daripada RM 50 tinggal Rm 10 je.

Perkara ini dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui surat yang diedarkan kepada semua guru tahmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh Melaka.

Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.

Saya mencadangkan, cek yang dipulangkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang 'didermakan' oleh kerajaan Melaka untuk membayar tunggakan cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan digunakan untuk menampung kos membayar elaun guru tahmir di Melaka.

Saya rasa itu lebih besar pahalanya jika dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk seri Muhd. Ali Rustam kerana mengutamakan keperluan dalam negeri daripada menjaga kepentingan negeri lain.

Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1 Melaka' baru-baru ini tak kanlah kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?

Ada baiknya Ketua Menteri Melaka belajar daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimana kaedah menaikan elaun guru tahmir dan para penghafal Al Quran di Pulau Pinang seperti yang dilakukan kerajaan negeri.

pegawai Kuli pula bidas Muhidin

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Mohd Lokman Ghani, Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak penghujung bulan lepas.

Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini.

"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com.

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?"

Menurut Lokman lagi, pendirian Ku Li itu bertujuan untuk tidak mahu bersekongkol dan berbohong bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan dalam menafikan hak kerajaan serta rakyat Kelantan dari menikmati royalti minyak, bukannya 'wang ehsan'.

"Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini," jelasnya.

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?"

Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dulu.

Beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan.

Tolong Kirim Salam pada Umno


UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

www.paschabau.net Bermasalah

Assalamualaikum.


www.paschabau.net tidak boleh bersiaran sejak mbeberapa hari yang lalu. Oleh yang demikian sebagai alternatifnya,webmaster terpaksa menggunakan semula blog apokonoee.blogspot untuk menyampaikan maklumat. Harap tuan-tuan dapatkan maklumat terkini melalui blog ini dan insyallah semuanya akan berjalan seperti biasa. Terima kasih

Blogger apokonoee.blogspot.com.

02 November 2009

KENAPA KELAS KAFA GAGAL

Saya menggesa pihak berwajib mesti dipertanggungjawabkan dengan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bahawa Program KAFA di Melaka gagal.
Dalam laporan itu Ketua Audit Negara mengjelaskan bahawa :-
  • Secara keseluruhannya, program KAFA yang dilaksanakan di peringkat negeri Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan. Kegagalan mematuhi garis panduan yang disediakan menyebabkan wujudnya ketidakseragaman dalam pelaksanaan program KAFA secara berkesan.
  • Dari aspek tenaga pengajar KAFA, prosedur pelantikan tidak dipatuhi disebabkan tidak mengikut nisbah yang ditetapkan menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka terpaksa menanggung perbelanjaan elaun, manakala pengurusan cuti guru adalah tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM.
  • Dari segi pembelajaran pula, kurikulum KAFA tidak mematuhi dasar sistem pembelajaran yang disediakan oleh JAKIM
  • manakala dari segi pengurusan kewangannya didapati perbelanjaan menggunakanakaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan bantuan per kapita yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian. Selain itu, permohonan bantuan pembangunan dan pembaikan Sekolah Rendah Agama KAFA tidak dirancang dengan baik sehingga bertindih dengan bantuan agensi lain.


GURU KAFA TIDAK LAYAK DILANTIK

Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi di bawah telah melakukan kesalahan melantik Guru-Guru KAFA yang tidak layak.
Semakan Audit terhadap pelantikan guru KAFA mendapati:

i) Sehingga awal bulan April 2008 seramai 111 guru KAFA berumur antara 60 hingga
78 tahun
yang telah melebihi had kelayakan umur yang ditetapkan oleh JAKIM masih
menerima elaun tetap. ( Kelayakan : Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan guru hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 60 tahun)

ii) Seramai 145 guru KAFA hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran, Darjah 5
dan Darjah 7. (Kelayakan Dan Pelantikan Guru KAFA Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan Guru KAFA adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai pengetahuan serta kemahirandalam Al-Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.)

iii) Surat perjanjian pelantikan semua guru KAFA lantikan JAIM tidak disediakan.

iv) Had umur guru kontrak lantikan Kerajaan Negeri adalah pada usia 58 tahun
manakala guru KAFA lantikan JAIM tidak mengikut had umur tamat perkhidmatan
JAKIM pada usia 60 tahun.
Persoalannya mengapa perkara ini berlaku di mana Guru-Guru yang tidak layak dari umur dan kelulusan diterima menjadi Guru KAFA.
Saya mendesak suatu siasatan terbuka dilakukan serta merta bagi menyiasat mengapa penyelewengan ini berlaku. Jika terdapat bukti salah guna kuasa dan sebagai pihak terbabit mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

MUTALIGAT

SIAPA SEBENARNYA UMNO


UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok On bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.

Untuk lebih jelas lagi mengenali siapa UMNO, marilah kita teliti tulisan Bapa Abdullah C.D. di bawah ini:

UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT

Kemerdekaan itu telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO yang menjadi Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah menjadi Perdana Menteri Malaya, Tunku telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum. Di satu segi ia meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM. Di segi lain, Tunku telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat.


Oleh kerana itu, kemerdekaan tahun 1957 tidak sempurna, hasil kemerdekaan tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat semua lapisan, semua kaum negara kita. Dr. Burhanuddin pernah menyifatkan kemerdekaan itu sebagai "kemerdekaan setengah masak".



Di bawah keadaan tersebut perjuangan bersenjata TPNM tetap diteruskan. Di satu segi ia bertujuan untuk menuntut Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan secara adil dan munasabah, di segi lain demi membela kepentingan rakyat berbagai lapisan semua kaum.


Walaupun perjuangan bersenjata pernah mengalami kemunduran serius pada akhir tahun-tahun 1950-an, akan tetapi ia diaktifkan semula mulai tahun 1962. Pasukan-pasukan TPNM yang bergerak di kawasan sempadan telah disusun semula dan diperkembangkan. Sejak tahun 1968, pasukan-pasukan penggempur telah dihantar bergerak ke tanah air. Api perjuangan bersenjata mulai merebak berkobar-kobar di kawasan luas di 5 buah negeri, iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan di Pulau Pinang.


Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas di Malaya telah dibolot oleh kaum kapitalis birokrat Melayu melalui perbadanan-perbadanan birokrat. Dengan itu lahirlah kelas kapitalis birokrat Melayu yang bersekongkol dengan kaum kapitalis besar Tionghua dan India mengaut kekayaan negara.


Pada tahun 1947, BTM telah didirikan untuk memimpin perjuangan kaum tani dan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka, gerakan itu berkembang dalam bentuk bebas meneroka seperti tercermin dalam gerakan tani di bawah pimpinan Saudara Hamid Tuah.


Orang Melayu yang asalnya sebagai petani telah berubah menjadi buruh di perusahaan-perusahaan modal birokrat atau di rancangan-rancangan tanah birokrat. Kaum kapitalis birokrat yang diwakili UMNO seperti Lembaga Kemajuan Tanah Melayu membolot 385,000 ekar, Syarikat Jengka 3 Segi menguasai ratusan ribu ekar di Pahang, Syarikat Permodalan dan Perusahaan Perak dan beberapa perusahaan lagi membolot 270,000 ekar tanah di Perak. Selain itu masih banyak lagi modal-modal birokrat yang menguasai tanah simpanan Melayu di seluruh negara. Ini telah mengubah keadaan ekonomi orang Melayu dari mengerjakan ekonomi tradisional kepada buruh di rancangan modal birokrat. Barisan tani sebenarnya telah berubah menjadi kesatuan buruh.


“Sehingga tahun 1970an, kaum kapitalis monopoli British merupakan tuan tanah yang terbesar dengan memiliki tanah yang paling luas dan subur di negara kita. Selain itu, muncul juga tuan-tuan tanah tempatan. Pada tahun 1920-an rumah-rumah agensi British yang terlibat dalam perusahaan getah telah menguasai 1 ½ juta ekar tanah, tidak termasuk tanah-tanah yang mereka telah rampas tetapi belum lagi dibuka. Penguasaan mereka ke atas tanah membolehkan mereka menempati kedudukan yang terpenting dalam ekonomi negara kita. Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, pada tahun 1953 mereka telah memiliki 70 peratus dari semua estet di Malaya. Kedudukan British ke atas tanah tetap unggul sekalipun selepas kemerdekaan. Pada tahun 1961 kapital monopoli asing dari Eropah khasnya British menguasai 65 peratus estet getah, dan 9 tahun kemudian (tahun 1970) meningkat semula kepada 76 peratus. Mengikut sumber Zon dan Leight Hunt, pada tahun 1960 syarikat-syarikat monopoli asing memiliki 1,685,850 ekar. Dari jumlah ini, 1,351,200 ekar dikuasai oleh British.”


“Sekarang di bawah Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan modal birokrat dan modal komprador dalam berbagai bidang termasuk sektor perladangan, kita dapati lembaga-lembaga birokrat (yakni badan-badan berkanun) dan lain-lain modal tempatan dengan pesat menjadi tuan punya ladang yang terbesar di negara kita. Satu langkah penting ke arah ini ialah pengambil alihan Kumpulan Sime Darby (milik modal monopoli British) yang menguasai ladang-ladang oleh perbadanan modal birokrat serta pemindahan pendaftaran kumpulan itu ke Kuala Lumpur dari London pada tahun 1968. Pada tahun 1981 modal birokrat dan modal komprador tersebut mengambil alih pula ladang-ladang Guthrie dan Dunlop Estates - keluasan kedua-duanya berjumlah 250,000 ekar lebih. Ini disusuli dengan pengambil alihan Syarikat Harrison Estate (Malaysia) Berhad yang memiliki ladang seluas 180,000 ekar pada tahun 1982.”


Untuk membangun sebuah negara yang benar-benar merdeka dan adil baik segi politik, ekonomi, kebudayaan, bangsa dan agama, rakyat semua kaum haruslah bersatu padu membentuk front persatuan nasional yang luas serta melancarkan perjuangan melawan penguasaan kapitalis birokrat yang diwakili UMNO dan membangun kemerdekaan mengikut corak nasional yang mengutamakan kepentingan majoriti rakyat semua kaum. Prinsip yang dipegang PKMM iaitu menggembleng tenaga nasionalis, sosialis dan agama serta prinsip-prinsip yang digariskan oleh front Persatuan PUTERA-AMCJA tetap menjadi contoh utama perjuangan rakyat negara kita hari ini.

nota: catatan di atas dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga: Perjuangan Di Sempadan Dan Penamatan Terhormat

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini