Sekarang dah masuk musim hujan,boleh kata setiap petang hujan Alhamdulillah Allah Taala turunkan rezeki melalui hujan.Bila hujan lebat kadang-kadang air cepat naik khususnya di tempat-tempat rendah.Jadi sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung JKKK anda haruslah masuk ke kampung-kampung,lihat apa yang berlaku,samada ada parit tersumbat atau sudah tohor yang menyebabkan air sebak dan tidak dapat mengalir dengan baik.Keadaan yang sedemikian menyebabkan air naik secara mendadak.Salah satu daripada kerja yang patut dilaksanakan oleh JKKK ialah memastikan perkara tersebut tidak berlaku.Contoh yang paling nyata ialah parit daripada Allahyarham Hassan Tonit hingga ke rumah Makcik Munah dan beberapa rumah di kawasan tersebut yang selalu digenangi air apabila hujan lebat.Ini menyebabkan keadaan menjadi becak dan sungguh mengotorkan.
Keadaan ini telah lama berlaku daripada satu JKKK ke satu pengerusi JKKK,mereka mengambil sikap yang sama,hanya duduk bermesyuarat dan dapat elaun lepas tu tak buat kerja dan tidur.Bangkitlahhhh. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilaksanakan di kampung.Wakil rakyat...tengok mereka ini.kalau tak mampu buat kerja letak sahaja jawatan.
Pengerusi JKKK dan JKKK sila ambil perhatian
08 Mac 2009
JKKK CHABAU,BUATLAH KERJA !
Dicatat oleh PAS CHABAU di 11:15 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan