apokonoeekau

11 Januari 2009

UMNO Buang Tebiat

Ramai yang tidak menyedari ada sesuatu yang pelik dan luarbiasa sepanjang kempen pilihanraya P036, UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional tidak lagi menggunakan perang saraf mengumumkan beratus-ratus ahli PAS atau PKR keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Umumnya menyedari setiap kali berlaku pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil maka berbondong-bondong borang keahlian UMNO diterima, Najib Razak selalunya diberi peranan penting menerima borang permohonan tersebut, lihat saja di Permatang Pauh, imbas seketika pada pilihanraya kecil Ijok. TV 3 suku selalunya akan menyiarkan berita tersebut sebagai berita penting dan utama, golongan fanatik UMNO, berkarat biru pula tersengih-sengih macam kerang busuk mencanang gendang diwarong-warong kopi menyatakan pembangkang sudah kehilangan sokongan. Itulah perangai UMNO.Namun di Kuala Terengganu, setakat hari ini, belum lagi kedengaran berita mereka yang ingin keluar parti dan memohon untuk menjadi ahli UMNO, hairan ada, pelik pun ada, adakah situasi ini berlaku kerana ramai sudah menyedari UMNO sebenarnya sebuah kapal usang yang sedang menunggu masa untuk karam dilautan reformasi. Menaiki kapal bernama UMNO yang sudah bocor disana sini bukan sahaja tidak mendatangkan apa jua kebaikkan malah tersilap langkah penumpang akan tenggelam bersama kapten kapal yang selalu tertidur semasa mengemudikan kapal, ataupun situasi ini terjadi kerana UMNO sendiri merasakan perang saraf sebegini bukan lagi senjata ampuh yang mampu menewaskan musuh, apatah lagi kebelakangan ini terlalu ramai panglima perang UMNO yang dahulunya sekapal telah meloncat ke kapal baru yang lebih baik dan kukuh. Kemasukkan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Zahar Hashim bersama pengikut beliau menyertai PAS telah menyebabkan UMNO bahagian itu bukan saja lumpuh malahan kehilangan pejabat kerana bangunan yang dijadikan pejabat Umno itu diserahkan Zahar kepada Pas, malah keadaan UMNO Selangor bertambah parah apabila semalam lebih 100 orang ahli UMNO Bahagian Kelana Jaya pula telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Pesuruhanjaya PAS Selangor, Dato’Hassan Ali. Mengimbas kembali perang saraf UMNO tentang penghijrahan ahli PAS kedalam UMNO, pada pilihanraya umum lalu, mantan MB Terengganu, Idris Jusoh adalah orang yang cukup bijak memanipulasikan isu kemasukkan ini. Satu program khusus telah dirangka bagi melemahkan semangat pengikut-pengikut PAS iaitu Program Selamat Tinggal PAS, saban malam ada saja berita kemasukkan ahli-ahli PAS kedalam UMNO, seandainya dibuat bancian yang menyeluruh, akibat kemasukkan berduyun-duyun ahli PAS itu, sebenarnya sudah tiada seorang pun ahli PAS di Terengganu, semuanya sudah berada dikem UMNO, Berita kemasukkan abang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, iaitu Zakaria Ali ke dalam UMNO menjadi bahan kempen saban malam, walhal Zakaria Ali sebenarnya telah menyertai UMNO sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar lagi. Inilah kerja UMNO yang sentiasa memutarbelitkan fakta. Mungkin mengambilkira aib yang ditanggung selepas mengetahui keputusan pilihanraya Kecil Permatang Pauh, UMNO keberangkaliannya telah membuat keputusan bahawa segmen keluar parti sudah lapuk dan tidak berkesan digunakan. Betulkah begitu? Berita terbaru di Berita Harian Online sebentar tadi melapurkan Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Razak cukup optimis selepas memasuki lima hari berkempen, calon Barisan Nasional mempunyai peluang yang amat cerah mempertahankan kerusi itu. Yang nyata itulah nada sama semasa beliau berkempen di Permatang Pauh.
Mungkin ada lagi beberapa perkara pelik yang selalu dilakukan oleh UMNO setiap kali pilihanraya tanpa kita menyedari tidak lagi dilakukan. UMNO sudah membuang tabiat sebenarnya dan orang yang buang tabiat, kebiasaanya sudah dekat dengan ajalnya. Dalam ertikata lain UMNO sudah hendak mati. Innalillah.

2 ulasan:

PAS CHABAU berkata...

paparan pertama... teruskan perjuangan PAS Chabau

Tanpa Nama berkata...

tahniah pas cawangan chabau, teruskan usaha murni ini untuk menghancurkan kebatilan umno.

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini