apokonoeekau

18 Mei 2009

PIMPINAN PAS JASIN SESI 2009- 2011

asin : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin kali ke 42 telah selamat dilangsungkan Sabtu lalu di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor dekat sini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tn Haji Muhamad bin Sabu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin sessi lalu, Mejar (B) Jasme Tompang (gambar) mengekalkan jawatannya tanpa bertanding manakala 2 muka baru dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua iaitu Yuhaizad Abdullah dan Ustaz Kamaruddin Sidek. Turut hadir pada majlis perasmian mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Dalam ucapan perasmiannya Haji Mohamad Sabu mengingatkan seluruh jentera PAS supaya yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS yang meletakkan Al Qur'an, Sunnah,Ijmak dan Qias sebagai tunggak perjuangan.

"Sebab itulah PAS berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan ini kerana PAS berpegang teguh kepada Islam dan ianya tidak akan berkubur sampai bila-bila, ianya berbeza dengan parti-parti lain yang diasaskan atas dasar nafsu dan fikiran manusia"

"PAS akan terus maju dan gemilang kerana meletakkan Islam di atas ditambah lagi dengan kepimpinan ulama' yang dipertahankan sejak era kepimpinan ulama' tahun 1982. Tidak timbul bahawa PAS sudah berubah hala tuju dan agenda perjuangannya kerana PAS sentiasa di kawal dan diselia oleh Majlis Syura Ulama'. Jadi walau sesiapa pun yang menerajui PAS ianya pasti dijaga oleh ulama'" tegas Mohamad dengan semangat.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Haji Jasme Tompang dalam ucapan penangguhannya bersyukur kerana diamanahkan sekali lagi untuk memimpin PAS Kawasan tersebut.

Beliau mengharapkan mereka yang terpilih menjadi pemimpin dan semua ahli PAS Jasin supaya komited dalam gerakerja parti dan Islam kerana dengan cara itu sahajalah syiar Islam dapat ditegakkan di bumi Melaka ini.

0 ulasan:

Halaman

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

ANTARA AKTIVIS PAS CAW. CHABAU

Cari Blog Ini